Siapa

Siapa

Digunakan untuk menanyakan orang atau manusia.
Ayat contoh:
1. Siapakah orang yang mencipta lampu?
2. "Orang yang akan menjadi jurucakap pada majlis perjumpaan itu nanti siapa,cikgu?" tanya Hyeon Bin.
3. "Siapakah nama anda?" tanya Jaclyn

Mengapa

Mengapa


Digunakan untuk menanyakan sebab atau alasan.
Ayat contoh:
1."Ibu menangis teresak-esak, mengapa?" tanya Josiah.
2."Mengapakah kamu biarkan sahaja pintu itu terbuka?" tanya bapa kepada anaknya.
3. "Mengapakah kamu datang lewat hari ini?" tanya Cikgu Leong.

Bila

Bila


Digunakan Untuk menanyakan masa atau waktu
.Ayat contoh:
1. Bilakah jambatan ini siap dibina?
2. "Ayah kamu akan datang ke sini bila?" tanya Cikgu Goh.
3. "Bilakah kamu datang ke rumah saya?" tanya Chong

Bagaimana

Bagaimana


Digunakan Untuk menanyakan cara dan keadaan.
Ayat contoh:
1. "Bagaimanakah cara untuk membina sebuah sampan?"tanya Abu.
2." Sekiranya dia tidak mahu bertolak ansur dengan kita,bagaimana?" tanya Joshua.
3. "Bagaimanakah kamu pergi ke IPTHO?" tanya Mong Lan

Apa

Apa


Digunakan Untuk menanyakan binatang,hal,perkara dan benda abstrak.
Ayat Contoh:
1. "Apakah kegunaan kapak ini,Sharli?" tanya Azmin.
2. "Apakah bakti kamu kepada negara, Isyam?"tanya Pang.
3. "Apakah yang kamu telah makan pada pagi ini?"

Fungsi Kata Tanya

Bil.Kata TanyaPenerangan
1apaUntuk menanyakan binatang,hal,perkara dan benda abstrak.
2bagaimanaUntuk menanyakan cara dan keadaan.
3bilaUntuk menanyakan masa atau waktu
4mengapaUntuk menanyakan sebab atau alasan.
5siapaUntuk menanyakan orang atau manusia.

Kata Tanya

Kata tanya ialah kata yang digunakan untuk menanyakan perihal sesuatu seperti orang,haiwan,benda,masa, tempat, bilangan, hal, atau perkara. Dalam bahasa Malaysia, kata tanya adalah seperti yang berikut.

monglan